Friday, May 8, 2009

Sejarah Aku dan Dirinya...

Pertemuan pertama kami bukan sahaja menjanjikan suatu keakraban sillaturahim malah adalah titik permulaan penyatuan jiwa..Flora dan fauna Eco Resort, Pahang menjadi saksi akan pertalian ini. Dia yang menjadi jurulatih kurniaan kementerian Belia & Sukan, memimpin remaja bangsa menyintai alam ciptaan Ilahi sebagaimana sesama insan. "Program Kembara Merdeka 2003" membawa aku ke pangkuan si dia tanpa menyedari akan takdir yang menanti kami berdua.
Perjalanan takdir membuka titian tercetusnya perasaan apabila aku menjadi uzur dan si dia menghulurkan penawar yang bukan sahaja menjadi penyembuh zahir malah telah jauh menusuk ke batin. chewah...(kisah benar nih).
Tanggal 27 Ogos 2003 menjadi tarikh keramat akan permulaan suatu sejarah yang akan terpahat untuk selamanya disanubari kami. Cinta yang berputik memberi sinar baru yang menyuluh sepanjang perjalanan episod hidup kami. Kata pepatah, "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga". Namun, walaupun kail kami baru 3 inci badai kehidupan kami tempuhi jua berkat doa serta cinta dihati.
3 tahun berlalu, kecekalan cinta kami tiada tandingan maka ketulusan cinta dimenterai dengan ikatan pertunangan pada 30 Januari 2006 diikuti "Akad Nikah" pada 11 November 2006.
Keutuhan cinta aku dan si dia yang berputik dibelantara, berkembang indah dicincin pertunangan, menyeri hidup di salam akad nikah dan akhirnya persembahkan madunya di singgahsana persandingan...

0 comments: